Melaka, AsiaPeristiwa.com - Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Karangkraf, Hashim Anang menerima anugerah Darjah Seri Melaka (DSM) sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-76 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam di Seri Negeri, Ayer Keroh pada Ahad.
Hashim yang memulakan kerjayanya di Karangkraf sebagai wartawan akhbar Bacaria pada 1988 melahirkan rasa syukur selain tidak menyangka akan menerima pengiktirafan tersebut.
“Saya tidak menduga menerima pengiktirafan ini. Terima kasih kepada Tun Mohd Ali dan Kerajaan Negeri Melaka atas penghormatan ini,” katanya selepas istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu.
Hashim turut menyifatkan anugerah yang diterimanya sebagai satu penghormatan besar bukan sahaja kepada dirinya, malah kepada Karangkraf sebagai sebuah syarikat media yang sentiasa komited menyampaikan ilmu dan dakwah kepada masyarakat. (Apc-fm)
#Kerajaan Melaka